Tuesday, May 6, 2008

Pertemuan wakil penduduk dan Polis

Tuan-tuan dan /puan-puan sekalian. Susulan kes pecah rumah dan curi motor yang berleluasa di Fasa 1,2, & 3. Pada 28 April bertempat di Balai Masyarakat F2. PPPAF2 telah mengadakan perbincangan / perjumpaan dengan Persatuan Penduduk Fasa 2, Zon D, Zon K, Melia, KRT, GAPI, Surau Al Furqan , Khairat dan Wakil Polis dari Balai Saujana.


Pertemuan dianjurkan untuk mencari penyelesaian dan mendapatkan maklumat dari PDRM.




1.Purata Kes Indek jenayah di Puncak Alam adalam 15% dari keseluruhan kes di Kuala Selangor
2.Paling serius adalah di Alam Jaya dan Desa Coalfield yang melibatkan kes pecah rumah, samun dan rompak yang mana berlaku purata setiap 2 malam.
3.Kebanyakan kes Samun berlaku pada waktu malam. Barang dan kereta juga di bawa lari.
4.Pensyarah Uitm, yang tinggal di Coalfield mati kerana samun H/P je kerana melawan.
5.Motorsikal hilang di pUncak Alam –Purata sebiji setiap 3 hari.
6.Fasa 2 paling rendah rekod pecah rumah berbanding Fasa 1dan fasa3.
7.Pecah rumah Puncak Alam dilakukan oleh org tempatan – tanpa senjata dan secara-kecil kecilan.
8.Pecah rumah Alam Jaya dan Coalfied dilakukan oleh orang Indon.-dengan senjata.
9.Polis kekurangan kakitangan di Puncak Alam iaitu hanya 3 org - Mohon kerjasama Penduduk network.
10.Penjenayah dah tahu pattern polis.. kalau polis ke Fasa 1, penjayah ke Fasa 2, kalau polis ronda Fasa 2, dia ke Fasa 3.
11.Penjenayah orang luar tapi di bawa oleh oleh budak tempatan dari Fasa 1,2,ke 3. Mereka tahu semua rumah...suspect budak-budak motor nak cari wang nak beli spare part...mat rempit...


Rumusan oleh Ketua Balai Saujana dan tindakan segera yang boleh diambil.



1.Pintu pagar hendaklah sentiasa berkunci malam dan siang kalau tak de rumah.
2.Tujuannya supaya dapat melengahkan penjenayah atau secure at least.
3.Kenali dan tingkatkan Network dengan jiran anda terutama penyewa yang sering bertukar.
4.Kalau keluar rumah weekend (balik kampung) inform jiran-jiran agar wujud jaringan bantu membantu.
5.Tolong menolong satu sama lain. Ambil no telefon jiran terdekat untuk bantuan..boleh sms, surirumah boleh memainkan peranan semasa waktu siang. Maklumat cepat jika terdapat org yg mencurigakan.
6.Hubungi polis jika terdapat kegiatan yang mencurigakan atau ternampak org/kereta/lori atau individu yg mencurigakan. Hubungi jiran dan polis..dgn segera Pondok Polis Fasa 1: 03 3392 0178, Balai Saujana: 03 6038 2222 , Sjn Zulfatah : 012 3549372, 016 6724867. Catat no kenderaan atau motor yg di syaki.
7.Lampu belakang buka di waktu malam, tak banyak bil pun....lampu tepi pun boleh juga…
8.Semangat kejiranan dan kerjasama antara jiran, rakan dan polis amat penting.

Friday, April 18, 2008

Salahuddin Al-Ayoubi Trailor

Caya tak kartun ni Made In Malaysia..... tak percaya ke..?????

Thursday, April 17, 2008

Salam Pengenalan



Selamat Datang Kepada Pengunjung Blog Kejiranan PAF2K. Diharapkan anda semua dapat memberi cadangan supaya blog ini dapat dimanafaatkan sebaik mungkin sebagai penyampai maklumat, pandangan dan pendapat untuk kebaikan kita semua.


SELAMAT "BERBLOGGING"


PAF2K





Technorati :